Forwarding
Forwarding forwarded articles

Cara membasmi kecoa [06/08/2009]

[Bahasanya Melayu]

Membunuh Kecoa dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul kecoa dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Kecoa
betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat.. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya kecoa itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh Kecoa dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala semprot. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje kecoa, semprot ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah hemat uang sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan uang tu untuk bersedekah.

Memerangkap Kecoa dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
  • Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak Kecoa. Biasanya Kecoa boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, semprot dgn air sabun.

Mengurangkan peluang Kecoa cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

  1. Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
  2. Selalu cuci bilik/kamar air.
  3. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
  4. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Kecoa suka makan kertas
  5. Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  6. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput kecoa, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  7. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  8. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. kecoa seronok bau peluh.
  9. Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah.. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya/highway/express way kecoa
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika kecoa merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

  • Satu bahagian serbuk borik acid
  • Dua bahagian tepung terigu
  • Satu bahagian koko
  1. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
  2. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
  3. BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
  4. Bahan-bahan ini menarik perhatian kecoa. kecoa makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah kecoa.

About these ads

5 Tanggapan to “Cara membasmi kecoa [06/08/2009]”

  1. nuhun o atas tulisannya yang menarik… kenalkan saya Agus Suhanto

  2. sami-sami…saya hanya meneruskan saja artikel yang sudah mampir di inbox saya

  3. terima kasih, saya akan praktek di rumah

    sila kunjung balik

    http://jawarakita.wordpress.com/

  4. sama-sama :)
    terima kasih atas kunjungannya

  5. makasih,ya ulasannya.. semoga bisa berhasil.. karena kecoa di rumah saudaraku bnyak bget,, nglahin yang punya rumah..


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: